Wednesday, May 29, 2013

fear factor...

sepatutnya entri ni dah lama kne post tapi baru sekarang ada masa..hehe
tak tawu macam mana dan siapa yang start usulkan cadangan nak buat fear factor ni..
and alhamdulillah planning berjalan dengan lancar...
hewhew..alhamdulillah jugakkitorang means kumpulan adie dapat no 1 yehhh
so bawah ni adie letakgambar gambar yang berjaya adie ambik dari miss bell hehe
oh ya nak tawu pe diorang buat jap adie senaraikan...

kump 1kumpulan adie n de geng
-barang kene sentuh kami buat ulat yang bagi sugar glider makan tu
then makanan yang perlu kne makan roti begedil ala iban..haha














happy kan beliau-

rupa sebenar...qiutkan kan kan..

 bawah ni semua keletah mereka2







Tuesday, May 28, 2013

its galaxy NOTE 2..!!

hewhewhew muka dah penuh dengan excited yang melampau-lampau
diselang-selikan dengan gelak ketawa gaya malu malu kucing..
sambil jeling-jeling suami yg kusyuk menaip assgmt miss azie yang comel (opps lupa dah PUAN..hehe)
dengan kuatnya hati saya jerit yeahhh dah dapat hp baru..!!

selepas hasutan demi hasutan dan sogokan demi sogokan di salur pada si suami akhirnya saya berjaya mendapatkan galaxy note 2 hokehh dari si suami tercinta..hehehe gelak tamak..

mula-mula tu husband adie just bagi dua pilihan sama ada nak hp IPRO or just hp yang rebet 200 tu..
tapi masa jalan jalan kat tempat hpadie jumpa kawan@guest kat hotel dulu and he said boleh bagi adie half price tuk note 2 since adie belek-belek hp tu..(kos dlu adie belanja dia n now kira nak balas balik la..)

soooo....selepas habis aksi-aksi manja dengan husband,dia pun setuju dengan syarat adie jaga leklok..(no more careless katanya..)

and now tengah happy with my hp...yeahhhh...

Wednesday, May 22, 2013

ini kalilahhh

ini bukan cerita politik tapi cerita tentang tanggungjawab.cerita tentang manusia yang sepatutnya bersikap seperti manusia.ni kisah tentang sebuah syarikat penerbangan yang terkenal dengan trademark tambang murah beliau.haha rasanya klau sebut tredemark tambang murah semua dah kuat kuat sebut air asia dalam hati kan..

serius cerita ni pun adie baru tahu tu pun selepas baca blog En Duke slh satu dari senarai blogger yang adie akan baca bila ada waktu terluang.cerita dia macam ni...

Memang kecoh diperkatakan tentang seorang ibu, Izan Suhaila Mohd Ali, 36, dan bayinya yang berusia 14 bulan, Mariam Sofea Mohd Reza, yang mendapat layanan buruk dari syarikat penerbangan tambang murah Air Asia baru-baru ini.

Mariam demam campak ketika bercuti bersama keluarga di Vietnam. Bayi itu diberikan ubat dan demamnya sudah reda. Namun “campak” cacarnya masih ada. Dan Air Asia memberikan alasan itu dan standard antarabangsa untuk menyekat dua beranak itu pulang ke tanahair baru-baru ini.

Air Asia yang berpengkalan di Malaysia sepatutnya memberikan keutamaan kepada rakyat negara sendiri, tempat syarikat itu “cari makan”. Bukanlah saya mendesak Air Asia untuk melanggar standard penumpang kapal terbang, tapi sekurang-kurangnya tepatilah “standard kemanusiaan”!



Malangnya dalam hal ini, meskipun Air Asia berjaya mempertahankan tindakannya dengan alasan standard antarabangsa penerbangan, syarikat itu gagal sama sekali melaksanakan standard kemanusiaan yang pada saya lebih penting.

Air Asia sepatutnya bersimpati dengan keadaan ibu dan bayi tersebut. Namun menurut fakta insiden memalukan itu, kakitangan Air Asia hanya menghantar ibu dan bayi tersebut ke luar lapangan terbang di Vietnam dan membantu memanggil sebuah teksi untuk kedua beranak itu ke hotel.

Saya amat kesal dengan apa yang Air Asia lakukan. Mungkin saya tidak punya sebarang pertalian darah yang rapat dengan ibu dan bayi tersebut, namun sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia, tindakan itu boleh dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Ibu dan bayi itu pertama kali ke Vietnam. Mereka dibiarkan terkontang-kanting begitu?

Akhirnya, siapa yang bantu ibu dan bayi tersebut? Siapa lagi kalau bukan MAS!
 
Sebelum ini kita tahu betapa peritnya MAS perlu bersaing dengan Air Asia yang menawarkan tambang murah. Meskipun begitu, sebagai menjaga nama baik negara dan kreadibiliti syarikat rasmi penerbangan Malaysia, MAS tetap bertahan dalam goyahnya.

Perniagaan MAS sudah tentu memerlukan syarikat itu untung bagi menampung kos operasinya setiap tahun. Namun kadangkala, dek kerana terlalu memberi muka dan beralah memberi laluan strategik kepada Air Asia, MAS selalu “makan hati berulam jantung”!

Walau bagaimanapun, MAS tampil dalam kes ini dengan membawa ibu dan bayi untuk berjumpa dengan doktor di sana bagi mendapatkan pemeriksaan yang sepatutnya serta mendapatkan sijil layak bagi bayi itu menaiki kapal terbang mengikut prosedur yang ditetapkan.

Malah doktor yang memeriksa Mariam mendapati bahawa tanda-tanda bintik hitam pada tubuh bayi itu sebenarnya hanyalah keruping dan mereka sebenarnya layak untuk menaiki kapal terbang sekaligus tidak membahayakan penumpang lain.

Kakitangan MAS yang dihantar khas untuk membantu ibu dan bayi itu kemudiannya menguruskan segala dokumen yang diperlukan bagi melancarkan perjalanan pulang mereka ke tanahair. Menakjubkan, MAS memberikan keistimewaan di laluan “pantas” untuk ibu dan bayi itu.

Begitulah perkhidmatan terbaik yang perlu Air Asia belajar dari MAS. Bukan sekadar mengejar keuntungan dari pelanggan, tapi nilai kemanusiaan khususnya kepada warganegara Malaysia sangat penting untuk dimasukkan di dalam perkhidmatan syarikat itu!

Tidak hairanlah ramai di kalangan rakyat di negara ini sering merungut terhadap khidmat Air Asia. Namun tidak ada pilihan lain untuk menaiki pesawat syarikat itu ke beberapa laluan destinasi yang tidak diberi kepada MAS. Jangan ingat mereka naik Air Asia kerana suka, tapi terpaksa…

Saya menyarankan agar Air Asia belajar jati diri memberikan perkhidmatan dari MAS. Hormatilah “standard kemanusiaan” dan budaya prihatin yang sangat tinggi nilainya di mata rakyat Malaysia. Tapi kalau Air Asia nak lingkup, tak payahlah pedulikan saranan itu. Pergilah belajar dari MAS!

Saturday, May 11, 2013

aku seakan

aku seakan kehilangan mood untuk berada di sini
walaupun setelah berada dalam tempoh rehat yang lama
aku seakan kosong
walaupun yang ada warna warna dan canda ria

itu terjadi pabila ku rasa aku COMOT DAN HUDUH.arghhhh

Friday, May 3, 2013

selamat mengundi

alhamdulillah dapat pun tiket bas balik kampung..! yayy...!
even muka dah muncung kalahkan muncung hero sebab dapat tiket kul 5 petang so sampai dalam kul 7 or 8
dan harap la tak jem...kira bagus lah dapat tiket kannn...

so adie ucapkan selamat mengundi dan selamat balik kampung or tempat mengundi masing-masing..

hehe happy nya ta leh kelas ta de keje dan jumpa nn berkepit dengan makk yeepiiiii..~~~