Adakala..
Aku mahu kau ada di depan ku untuk merenung dalam dalam mata hitamku..
Adakah masih bersinar atau telah pudar ditelan angin semilar
Adakala..
Aku hanya mahu kau ada di sisi
Duduk rapat bersentuh bahu denganku
Tak perlukan kau merenung
Ku takut titis jernih yg tumpah ini akan meraih simpatimu..
Bukan itu niatku
Bukan
Bukan itu..
Aku hanya mahu rasa ada kau di sisi..
Adakala..
Aku mahu kau diam dan dengar luah demi luah yg acap benar terpaksa aku peramkan di lubuk hati.
Aku mahu kau dengar..
Diam dan dengar.
Diam dan dengar
Adakalaku bukan libatkan jerih perih yg perlu kau salurkan
Adakalaku bukan tagih simpati hingga perlu kau hulur baki baki duit mcd mu
Adakalaku bukan datang ketika kau sedang berperang dengan adrenalin yg tiba tiba meningkat laju
Adakalaku bukan mohon kau berhutang untukku
Adakalaku bukan pinta kau datang dengan meninggalkan semua cintamu
Adakalaku yang hanya adakala datang tanpa kau pedulikan kerana kau bukan hanya adakala tapi sentiasa lupa bahawa dunia ini ada karma.
Hidup ini ibarat roda kawan..
Ibarat roda.
gadis.adie.rabiatul adawiah.bulan bintang.haha sumer itu saia..anak kesayangan mak saia dan isteri kpd si dia..
Tuesday, July 2, 2013
Hanya mahu kau dengar rasa aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)