aku harap..
satu hari nanti aku akan mampu menarik nafas lega
mampu tersenyum iklas tanpa paksa
tanpa pura-pura
tanpa ragu
malah dengan gembira
aku harap..
satu hari nanti aku mampu maafkan mereka..
dan jika masih ada peluang
aku harap aku mampu berdepan dgn rela.
berbual mesra tanpa ada rasa beban di dada
aku harap..
kalau perlu bertentang mata sekali pun
biarlah waktu itu dengan rela
dengan rasa bukan terpaksa
kalau tidak
aku harap
aku tak sekali pun bertemu
sehingga hujung nyawa
aku harap..
walau apa pun yang kalian tuduh atau fitnah
umpat atau caci
marah atau hina diri ini
kaliann akan tahu juga kebenaran
yang aku telah buat yang terbaik untuk kalian
lebih lebih lagi buatnya
aku harap
waktu itu akan tiba
dan kalian akan terselit rasa syukur di dada
rasa menerima dengan rela
rasa mengalah seadanya
rasa mahu di beri peluang untuk bertemu aku
yang mungkin entah ke mana..
No comments:
Post a Comment