Sunday, December 19, 2010

adakala..

adakala..
aku terfikirkan dia.
adakala..
aku seakan merindui dia.
adakala..
aku mahukan dia.
adakala..
aku ingin dengar suaranya..
adakala..
aku ada cerita untuk dikongsi dengannya.
adakala..
aku seperti mahu memeluknya.
adakala..
aku ingin mencium
kedua belah pipinya
dahinya
tangan kasarnya
adakala..
duit di tangan ku terasa tak bermakna
adakala..
aku ketawa tapi menangis dalam masa yg sama di hati
adakala..
aku ingin berlari mengejarnya..
mencarinya
memanggilnya
kerana adakala itu hadir pada setiap denyut nadi yg berdenyut..
kerana adakala  itu mengalirkan air mata yg menyakitkan jiwa..
kerana adakala itu membuat aku terus terusan menyalahkan diri..
kerana adakala itu membuat aku lemah dan ingin terjatuh..
kerana adakala itu membuat sebahagian jiwa ku mati..
kerana adakala itu membuat aku merinduinya lebih dari yg aku sedari..

No comments:

Post a Comment