Sunday, February 20, 2011

verse 1


habis sudah madah;

tak ada satu pun yang tertinggal,

setiapnya telah—

kau ambil dan terus kau jual.



seolah tak pernah memakna apa,

seolah tak pernah kau inginkannya,

seolah—

tak pernah...







verse 2

dikutipku bila sudi,

di bila tidak, dibiar mati,

dan lebih menyakitkan—

ku tetap tunggu di tepi jalan.



seperti tak pernah ku ada harga,

seperti tak pernah kita bersama,

seperti tak pernah kau mahu aku,

--tak pernah rindu

--tak pernah rayu

--dulu.







chorus

terleburhancur kebal rusukku;

berkecaisepai, terpecahbelah,

terima kasih atas ajarmu—

--cinta tak wujud

--ah, tak pernah.



dan dengarkan jeritku;

jujur tak terfitnah,

kau hanya bagiku—

suatu yang pernah.







verse 3

takkan ada apa—

yang mampu untuk buat kau pulang,

bila sudah tiada rasa—

bikinlah apa, tetap kau terbang.



takkanku pujuk kau jangan pergi,

takkan ku minta kau fikir lagi,

takkan ku paksa renung semula,

takkan ku suruh apa2.



takkan ku izin tubuh dibuka,


takkan ku pamer reput di dada,

takkan ku rebah,

takkan ku goyah,

takkan ku biar tubuh didarah
 
kat atas ni lagu fynn jamal..tapi bila denga lagu ni aku jadi kuat semangat untuk terus menjadi pencinta haiwan especilly cat la..beberapa hari lepas aku terjumpa seekor kucing terdampar di tepi jalan raya yg sesak..mengerak2kan ekornya yang panjang tapi badannya tertiarap..aku rasa tak sedap hati..dan aku mohon supaya hubby ku menehentikan motosikal ditepi jalan..tanpa memikirkan kenderaan yg lalu lang..aku berlari mendapatkan kucing bewarna hitam tadi..dan apa yg aku lihat dea terkulai dan aku yakin ini kes langgar lari..dan segenap hati aku bukan sekadar bermonolog lagi tapi dah menjerit memaki hanub menyumpah nyeranah binatang yang bertopengkan manusia yang melanggar kucing ni..ye aku  menjadi begitu beremosi..!!dengan airmata yang tak mampu aku bendung aku lari ke sebelah jalan dgn kucing itu ku kendong..dan menunggu hubby ku dan terus di bawa pulang ke rumah..selepas sehari farhan,ye aku namakan farhan..tak slah kan..maknanya gembira..dan aku mahu dea gembira..mujur ada picagari kucing ku yg lepas.aku gunakan untuk menyuap farhan minum..tp masih tak mampu untuk makan.dan hari ini aku bawa dea ke klinik..aku harap aku dapat terus bersama dea..aku harap.

No comments:

Post a Comment