aku sendiri adakalanya rimas
adakalanya terluka
adakalanya sakit
adakalanya benci
adakalanya muak
ntah sampai bila ia harus berada di situ
berada di sudut dalam hati aku
kadang dia menjengah keluar
buat aku sakit menahan bisa
terus menikam
terus menekan
adakalanya kira diri kurang kuat menahan
titis-titis itu turun lagi..
cuba menyapunya tanpa menoleh
aku cuba selagi aku terdaya
tapi tak pernah rasa mahu mengalah
kerana itu bukan aku..
entah sampai bila dia mahu terus menghuni hati aku.
aku rasa dialah punca kau dan aku seperti ada ruang di tengah-tengah kita
tapi jangan izinkan sapa sapa ada di tengah tengah ruang itu
biarkan dia ada di situ selama mana dia mampu..
entah sampai bila..
No comments:
Post a Comment