Friday, August 23, 2013

Memang.Cuma.Tapi dan keluarga yang kau lupakan

memang semua yang kita inginkan tak semestinya akan tertunai
memang semua yang kita rancang tak selalunya berjalan lancar.

cuma..
apa salahnya kalau acap kali yang kau pandang aku sebelah mata kau itu
hari ini kau buka kedua-duanya semasa kau merenung atau mencuri intai aku.

memang kata orang manusia suka menghukum orang dan lebih mementingkan apa yang dah dia rasa
bercerita atau berfikir hanya berdasarkan pengalaman yang mereka punya

tapi..
apa salah kau beri peluang atau ruang untuk aku bercerita keadaan aku sebenarnya
tanpa kau perlu memberi pandangan berdasarkan pengalaman kau semata mata
kerana
kita tak pernah dan tak kan pernah melalui jalan yang sama laluannya

memang semua manusia ada ego atau tembok diri yang berdiri tinggi

cuma kali ini aku fikir kau perlu memberi dan menerima
bukan runtuhkan tembok kau
cuma sekadar intai aku dengan kedua belah mata tanpa curiga.

dan dalam setiap salah aku yang kau nampak
carikan juga salah kau

aku tak pernah berlari tanpa menoleh kebelakangan
kerana dengan setiap tolehan aku selalu berharap kau ada untuk mengejar dan menjelaskan

tapi bukan di depan untuk memusnahkan.
 kerana kau,aku,dia,kita KELUARGA yang kau lupakan

No comments:

Post a Comment