Monday, September 16, 2013

gembira menjadi aku 1

*Alhamdulillah aku masih berjalan kaki dan menaiki kenderaan awam pada tika ini.dan insyaallah jika dikurniakan rezeki lebih dan aku dapat memiliki kereta dan moto aku masih memilih untuk berjalan kaki dan menaiki kenderaan awam untuk ke tempat belajar dan kerja..moto kereta tu untuk jalan jauh,balik kampung dan bawak mak berjalan-jalan cukuplah..kerana memiliki kenderaan yang dibangga-banggakan bukanlah impian terbesar untuk aku.ye aku nak ada moto kereta sebab mak aku bukan untuk diri sendiri kerana tanpa sedar orang yang semankin bergembira dengan kebesaran dan kemewahan kenderaan yang mereka miliki sebenarnya semankin hilang erti kemanusiaan bagi mereka..ceritakan berapa ramai pemandu kenderaan mewah yang melanggar haiwan seperti anjing dan kucing ditengah jalan?dan berapa ramaikah antara mereka yang memberhentikan kenderaan mereka untuk melihat?bahkan berapa ramaikah pemilik kenderaan sanggup turun dari kenderaan mereka untuk menyelamatkan kucing atau anjing yang telah dilanggar?mungkin ada yang sinis saat ini..dan aku,aku tahu nikmat si pejalan kaki yang menikmati setiap langkah mereka dengan bersahaja..hanya mereka yang benar-benar faham kenapa.kerana setiap langkah yang diatur aku dapat lihat sebuah dunia yang mereka-mereka berkenderaan ini tidak berpeluang untuk menikmati dan melihatnya..bukan bukan niat entri ini ditulis untuk mengajak anda tidak memiliki kenderaan.kenderaan itu penting dan aku sendiri akan memilikinya Cuma alangkah baiknya kalau ada hari yang kalian mampu untuk melangkah dan menikmati peluang untuk kalian hidup sebagai seorang khalifah yang sebenarnya..dan aku..aku sangat gembira apabila aku antara manusia yang dapat memberhentikan langkah untuk membelai si comel yang kerdil dan memberikan serta berkongsi secebis rezeki yang aku ada pada saat itu bersama mereka..aku bersyukur apabila ada tangan yang mengamit aku dan menghulur cawan atau tangan mereka untuk memberi peluang aku mendapat pahala lantaran kehidupan yang semankin menghimpit.aku terharu kerana aku antara mereka yang dapat membuka mata dan hati dan membenteng diri dari menjadi manusia yang bongkak dengan apa yang mereka ada..dan aku aku gembira menjadi aku..aku yang tak mungkin keluar tanpa membawa si ayyad(sugarglider) di beg,tanpa membawa makanan kucing dan anjing untuk mereka yang ketemu aku ketika di dalam perjalanan tanpa ubat yang kuharap dapat meringankan sedikit kesakitan tak kira manusia atau haiwan dan tanpa si suami yang peka dengan keadaan sekeliling ketika aku leka atau tidak menjadi aku dan sentiasa menyokong aku tak kira apa.


Ya aku gembira menjadi aku.



No comments:

Post a Comment