untuk sem kali ni kitorang dapat subjek pengenalan kepada multimedia.
adie tawu ramai yang lebih arif dengan subjek ni so yang adie nak story kat sini dah tentu bukan berkaitan apa yang kami belajar atau macam mana nak buat video atau sunting video ke apa sebab adie pasti kat luar sana dah berlambak tutorial macam mana nak hasilkan video so apa yang adie nak tunjuk kan kat sini adalah hasil poster yang adie hasilkan sendiri berkat daripada pengajaran lecture adie puan Marina Kamaruddin.
gadis.adie.rabiatul adawiah.bulan bintang.haha sumer itu saia..anak kesayangan mak saia dan isteri kpd si dia..
Tuesday, October 29, 2013
pesan orang yang buat aku ingat
orang pernah pesan pada aku, kadang-kadang
dalam hidup ni kita perlu toleh ke belakang.bukan menyesali atas apa yang telah
berlaku tetapi lebih kepada mengingatkan diri sejauh mana kita telah sampai dan
apa yang tak sepatutnya kita ulangi
Maka dengan kadang-kadang itu aku kerap
berhenti untuk berfikir dan mengingatkan diri.mencuba sedaya upaya aku untuk
tidak lupa diri dan meninggi diri,bersyukur dengan segala rahmat dan nikmat
yang aku dapati.
Dan aku cuba menyenaraikan
ketakutan,kebimbangan,kesakitan,kegembiraan,keterujaan dan ketenangan,harapan
serta doa aku setiap kali aku menoleh kebelakang..
Setiap kali aku menoleh kebelakang setiap kali
itu jugalah aku berfikir,berasa dan bertanya
-mampukah aku meneruskan langkah aku selepas
ini ?
-sempahkah aku membahagiakan ibu dan suami aku
?
-mampukah aku menjadi seseorang yang dapat
dibanggakan ibu dan suami malah anak aku sendiri nanti?
-mampukah aku bertahan demi mendapatkan diploma
dan selepas itu adakah aku akan tetap dengan azam dan cita sita aku untuk terus
belajar ke peringkat yang lebih tinggi meskin aku tahu ada banyak halangan yang
perlu aku hadap?
-sampai bila aku perlu melengahkan masa untuk
menjadi yang lebih baik dari aku yang sekarang sedamgkan pilihan ditangan aku
-mampukah aku menjadi ibu yang terbaik buat
anak anak aku seperti ibu aku menjaga aku?
-mampukah aku membuktikan apa yang aku janjikan
terhadap keluarga aku ?
-mampukah pencarian yang aku juangkan untuk
bertemu ayah tertunai sebelum aku menutup mata
-adakah sempat untuk aku membahagiakan dan
menyenangkan ibu aku sebelum aku menutup mata?
-adakah aku sempat melahir kan anak buat dia ?
-adakah aku sempat menyatukan semula suami ku
dengan keluarga mertua ku ?
-adakah aku mampu menjadi seorang yang bahagia
seperti yang aku cita dan impikan.
Wednesday, October 2, 2013
Tuesday, October 1, 2013
pengapit
isu ni dah habis lama cuma baru nak upload gamba yang baru dapat dr photografer..haha
alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..
adie doakan kaksu n abg aki akan kekal sampai ke jannnah..
alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..
adie doakan kaksu n abg aki akan kekal sampai ke jannnah..
Subscribe to:
Posts (Atom)