Tuesday, October 29, 2013

pesan orang yang buat aku ingat

orang pernah pesan pada aku, kadang-kadang dalam hidup ni kita perlu toleh ke belakang.bukan menyesali atas apa yang telah berlaku tetapi lebih kepada mengingatkan diri sejauh mana kita telah sampai dan apa yang tak sepatutnya kita ulangi
Maka dengan kadang-kadang itu aku kerap berhenti untuk berfikir dan mengingatkan diri.mencuba sedaya upaya aku untuk tidak lupa diri dan meninggi diri,bersyukur dengan segala rahmat dan nikmat yang aku dapati.
Dan aku cuba menyenaraikan ketakutan,kebimbangan,kesakitan,kegembiraan,keterujaan dan ketenangan,harapan serta doa aku setiap kali aku menoleh kebelakang..
Setiap kali aku menoleh kebelakang setiap kali itu jugalah aku berfikir,berasa dan bertanya
-mampukah aku meneruskan langkah aku selepas ini ?
-sempahkah aku membahagiakan ibu dan suami aku ?

-mampukah aku menjadi seseorang yang dapat dibanggakan ibu dan suami malah anak aku sendiri nanti?
-mampukah aku bertahan demi mendapatkan diploma dan selepas itu adakah aku akan tetap dengan azam dan cita sita aku untuk terus belajar ke peringkat yang lebih tinggi meskin aku tahu ada banyak halangan yang perlu aku hadap?
-sampai bila aku perlu melengahkan masa untuk menjadi yang lebih baik dari aku yang sekarang sedamgkan pilihan ditangan aku
-mampukah aku menjadi ibu yang terbaik buat anak anak aku seperti ibu aku menjaga aku?
-mampukah aku membuktikan apa yang aku janjikan terhadap keluarga aku ?
-mampukah pencarian yang aku juangkan untuk bertemu ayah tertunai sebelum aku menutup mata
-adakah sempat untuk aku membahagiakan dan menyenangkan ibu aku sebelum aku menutup mata?
-adakah aku sempat melahir kan anak buat dia ?
-adakah aku sempat menyatukan semula suami ku dengan keluarga mertua ku ?
-adakah aku mampu menjadi seorang yang bahagia seperti yang aku cita dan impikan.

Dan itu hanya secebis dari harapan doa dan impian aku yang mampu untuk tangan aku tarikan di sini.masih terlalu banyak yang tak mampu untuk aku kongsi dan luahkan.tapi yang pasti jika aku menulisnya seperti di atas itu bermakna yg tertulis adalah perkara yang paling akub inginkan

No comments:

Post a Comment