Wednesday, December 4, 2013

imsonia ke?

Lately, tidur sepanjang malam macam dah tak de dalam kamus hidup adie.perghh kau dah kenapa kan kalau tidur sepanjang malam pun tak de dalam kepala otak..mereng apa ? but seriously dah nak masuk dua bulan kot tak tidur malam.bila tiba waktu malam lepas siap solat isya’ , siap tengok tv ,siap bagi makan kucing/hedgehog ngn ayyad aktiviti kitorang jadi makin aktif,lepas satu-satu benda kitorang buat..time-time malam tu lah jadi rajin bebenor kata orang..main dengan kucing lah,bersihkan hedgehog lah,kemas bilik lah,tengok movie lah,tengok kartunlah,sembang bergosip bergaduh gelak ketawa mengilai bagai pastu diam kejap muhasabah diri ingat balik benda-benda terlepas,masak,makan,minum,masak balik,basuh baju mengalahkan esok tak de hari..pastu lepas subuh mulalah masing-masing ngantuk pastu tidur kejap then sambung aktiviti siang pulak macam kalau hari tu ada kelas gi kelas klau tak gi kerja..tapi serius memang kelakar..tapi perkara ni memang tak boleh iar berlarutan ni kang tak pasal sakit imsonia pulak parah…eh..bukan dah imsonia ke ni ?
So semalam rasa macam planning nak tido awal so ajak la en husbnd yang gemuk tu tengok ceritaSetia Hujung Nyawa start dari episode 4 sebab before ni memang dah tgk so ingat nak tgk dua episode je macam tu tapi memang leka sangat sampai lepas satu satu episode kitorang layan sampai habis pulak tu..husshhhh…

So rasanya aktiviti tak normal ni agak susah nak  kasi buang..tak tahu cam ner mula tapi memang akan ubah jugak semua tu t silap haribulan bertukar jadi zomba pulak lagi payah.

Tuesday, November 19, 2013

kucing dan sugar glider

alahai simple nyer la tajuk haha..tengah stuck kat starbuck lagi tak boleh balik so better update blog ye tak dari di biarkan bersarang..hemohheomohh..now tengah busy dengan budak2 bulus kat rumah daripada tak de langsung sebab hilang alhamdulillah dah riuh rendah balik rumah tu dengan keletah diorang ni..so far termasuk semalam dah ada enam ekor balik kucing adie kat rumah..hoyeahhh.insyaallah will update gamba diorg plak lepas ni..

since semua budak2 baru..budak2  ni agak teruja la jugak bila nampak si sg adie ayyad main-main dalam sangkar dia..ayyad ni memang tak takut dengan apa-apa since memang dulu dia geng dengan kucing adie yang sebelum ni so tak takut dia tu sampai buat adie takut..haha sapa tak risau wehh..tapi alhamdulillah semua nampak baik-baik je buat masa ni tak de la kucing adie pandai bukak kunci pintu si ayyad tu lagi..

cakap pasal ayyad lately dia rasanya tengah memprotes adie tentang nak soulmate rasenya.adie mmg tengah cari pasangan dia sambil-sambil tu pujuk dia dengan blueberry..budak ni klau suh pilih blueberry dengan awek dia pilih blueberry setakat ni =.=..comel sangat..huhu

k lah nanti adie update gambar diorang..daa

Wednesday, November 13, 2013

bengal mummy

ok tadi adie dah citer tentang bende sedih now happy story(sebenarnya mood tetap jugak sedih) pulak ye.ceh tadi ber"aku sangat ni beradie pulak..hehee mmg dalam blog ni klau marah ke sedih ke better taip aku dari adie akan.so untuk entri yang happy dan yang sesuai sahaja akan membahasakan adie so jelas ye puan-puan.

semalam adie dapat panggilan dari seorang abang ni.dia offer adie kalau-kalau adie nak jaga kucing bengal.offer yang baik takkan nak tolak kan..??for sure adie dengan happy nya even masa dia kol sebenarnya adie baru bangun tido dan sedikit blur terima offer tu.adie memang animal lover so tak kira la bengal ke stray cat ke ko bagi aku ambik.hatta kau bagi aku koala bear pun aku rela bawak carier dengan senyuman ambik koala tu faham..

since nama dia memang dah APRIL and bila panggil dia respon.so tak yah tukar n pening lalat nak fikir nama dia sebab APRIL memang sesuai untuk dia..bila bagi si April ni jumpa Yasmin.mula-mula tu takut jugak la sebab dua-dua betina..but alhamdulillah boleh ngam jur dua-dua..so happy ending.

bila resah itu menghambat aku

aku kira keresahan dan tekanan serta nafsu amarah itu berlumba-lumba mahu menemani aku
selalu benar menghambat aku walau telah diusir jauh.
aku kira aku kuat untuk membina benteng
tapi adakalannya aku penat  untuk berlari dan meminggir
lantas sapa dan salam dari mereka aku sambut juga


entahlah emosi ni kerap je jadi tak setabil.tambah lagi perempuan.orang kata perempuan angin dia pasang surut tak kira tempat tak kira masa.kadang kadang dapat kawal kadang kadang tu terlepas jugak.entahlah aku sendiri tak lepas dari permainan emosi ni.

pagi tadi aku ambik slip exam.aku ni klau bab bab yang ada keputusan memanjang jur akan berharap result dia baik.dan aku rasa semua orang berharap pada perkara yang sama kan? tapi entah kat mana silap dia..keputusan aku turun dari sem yang lepas2.dari 3lbh turun 2.91 aku dah rasa macam nak terduduk jugak depan tu tadi..

sebagai manusia hati aku terdetik berkali-kali..bertanya dan menilai di mana silap diri..pada waktu yang sama result husband pulak melonjak naik.aku rasa macam "damn..! " yea aku tahu dia suami aku.aku sedar dan masih waras tak perlu di ingatkan.harus ingat juga aku ini manusia biasa yang tak sempurna..aku juga mampu cemburu walaupun pada suami sendiri.memang kami akan berlawan untuk kebaikan tapi klau dah sampai turun macam ni buat aku down sangat-sangat la jawapnya.. entahlah rasa nak balik rumah mak peluk n tido dalam dakapan mak untuk lepaskan beban yang aku tanggung.aku bersyukur aku ada ibu seperti mak dan suami seperti dia.aku marah dengan mak aku ngadu kat dia aku kecewa dengan dia aku balik nangis peluk mak..ye aku beruntung aku tak pernah nafikan.

ok itu aku memujuk diri namanya bukan lari tajuk.

so sebabkan result aku yang jatuh sedikit..pembetulan *banyak ye...sebabkan tu aku masuk kelas dengan mood yang sangat tak baik.sedih tu dah macam satu selimut kabus yang hanya aku mampu nampak.aku jawab soalan yang lecturer bagi dengan menangis.bila lec datang aku lap air mata dan jawab.bila dia blah aku nanges..aku marah awang.ye aku sedar tu bukan salah dia.bukan dia pergi suap lec ke apa.klau ada mau jgk aku hempuk dia kasi mati tak yah susah aku bersaing lagi.tapi yelah aku geram aku tertekan bila kitorang belajar sama even patern belajar tu sedikit lain..n aku usaha lebih dari dia..yea cara dia belajar sok nak exam baru mlm tu dok bersengkan mata sedangkn aku macam nak gila tumpu perhatian..so tetiba syaitan bisik kat aku patut aku tak yah belajar langsung jur senang.so sebab dia bisik cam tu aku tempeleng jur setan tu laju laju ..ceh tu ayat pujuk diri sendiri lagi..hmm aku cuma nak ok kan hati n otak aku balik tapi tu lah..payah nak ok sebab sedih ok sedih.husband ada pujuk aku tapi susah lah nak makan pujuk kes2 cam ni klau leh tukar nama atas kertas result tu tak yah aku susah2 sakit hati segala bagai dan aku tahu klau tu boleh buat dia akan buat..haishh stop merapu adie.kuat kan semangat.kuat3..!!!
teruskan and usaha lebih lagi untuk mak.!

Tuesday, October 29, 2013

pengenalan kepada multimedia

untuk sem kali ni kitorang dapat subjek pengenalan kepada multimedia.
adie tawu ramai yang lebih arif dengan subjek ni so yang adie nak story kat sini dah tentu bukan berkaitan apa yang kami belajar atau macam mana nak buat video atau sunting video ke apa sebab adie pasti kat luar sana dah berlambak tutorial macam mana nak hasilkan video so apa yang adie nak tunjuk kan kat sini adalah hasil poster yang adie hasilkan sendiri berkat daripada pengajaran lecture adie puan Marina Kamaruddin.

pesan orang yang buat aku ingat

orang pernah pesan pada aku, kadang-kadang dalam hidup ni kita perlu toleh ke belakang.bukan menyesali atas apa yang telah berlaku tetapi lebih kepada mengingatkan diri sejauh mana kita telah sampai dan apa yang tak sepatutnya kita ulangi
Maka dengan kadang-kadang itu aku kerap berhenti untuk berfikir dan mengingatkan diri.mencuba sedaya upaya aku untuk tidak lupa diri dan meninggi diri,bersyukur dengan segala rahmat dan nikmat yang aku dapati.
Dan aku cuba menyenaraikan ketakutan,kebimbangan,kesakitan,kegembiraan,keterujaan dan ketenangan,harapan serta doa aku setiap kali aku menoleh kebelakang..
Setiap kali aku menoleh kebelakang setiap kali itu jugalah aku berfikir,berasa dan bertanya
-mampukah aku meneruskan langkah aku selepas ini ?
-sempahkah aku membahagiakan ibu dan suami aku ?

-mampukah aku menjadi seseorang yang dapat dibanggakan ibu dan suami malah anak aku sendiri nanti?
-mampukah aku bertahan demi mendapatkan diploma dan selepas itu adakah aku akan tetap dengan azam dan cita sita aku untuk terus belajar ke peringkat yang lebih tinggi meskin aku tahu ada banyak halangan yang perlu aku hadap?
-sampai bila aku perlu melengahkan masa untuk menjadi yang lebih baik dari aku yang sekarang sedamgkan pilihan ditangan aku
-mampukah aku menjadi ibu yang terbaik buat anak anak aku seperti ibu aku menjaga aku?
-mampukah aku membuktikan apa yang aku janjikan terhadap keluarga aku ?
-mampukah pencarian yang aku juangkan untuk bertemu ayah tertunai sebelum aku menutup mata
-adakah sempat untuk aku membahagiakan dan menyenangkan ibu aku sebelum aku menutup mata?
-adakah aku sempat melahir kan anak buat dia ?
-adakah aku sempat menyatukan semula suami ku dengan keluarga mertua ku ?
-adakah aku mampu menjadi seorang yang bahagia seperti yang aku cita dan impikan.

Dan itu hanya secebis dari harapan doa dan impian aku yang mampu untuk tangan aku tarikan di sini.masih terlalu banyak yang tak mampu untuk aku kongsi dan luahkan.tapi yang pasti jika aku menulisnya seperti di atas itu bermakna yg tertulis adalah perkara yang paling akub inginkan

Wednesday, October 2, 2013

hati tidak tenteram..

Tuesday, October 1, 2013

pengapit

isu ni dah habis lama cuma baru nak upload gamba yang baru dapat dr photografer..haha
alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..
adie doakan kaksu n abg aki akan kekal sampai ke jannnah..


Wednesday, September 25, 2013

Hello Kitty Malaysia Is Finally Here Today!

A Super Good News to all Hello Kitty Fans!!
I believe a lot of you girls and guys searching around
where to grab for Hello Kitty products in Malaysia for a really
long time…
And today…
Finally… Hello Kitty Malaysia is here..!
They are selling for Hello Kitty products through online!
Currently they’re having Hello Kitty Lucky Draw, and you can
have have a chance to win for “Hello Kitty Energy Necklace”
(Value: RM207 each).
If you don’t believe me check it out for yourself here,
while it’s still available:
==> http://www.hellokittymalaysia.com
This special Hello Kitty Lucky Draw is valid for a limited time
only, which it may be taken off completely. Stop reading this now,
and go to the Hello Kitty Malaysia website and get a chance to
win now:
==> http://www.hellokittymalaysia.com
If you’re reading this blog post too late, then you may have missed it.
Don’t leave a comment to complain because there’s nothing I can do.
I DID tell you it’s a limited offer :)

Join Lucky Draw Now

Monday, September 16, 2013

gembira menjadi aku 1

*Alhamdulillah aku masih berjalan kaki dan menaiki kenderaan awam pada tika ini.dan insyaallah jika dikurniakan rezeki lebih dan aku dapat memiliki kereta dan moto aku masih memilih untuk berjalan kaki dan menaiki kenderaan awam untuk ke tempat belajar dan kerja..moto kereta tu untuk jalan jauh,balik kampung dan bawak mak berjalan-jalan cukuplah..kerana memiliki kenderaan yang dibangga-banggakan bukanlah impian terbesar untuk aku.ye aku nak ada moto kereta sebab mak aku bukan untuk diri sendiri kerana tanpa sedar orang yang semankin bergembira dengan kebesaran dan kemewahan kenderaan yang mereka miliki sebenarnya semankin hilang erti kemanusiaan bagi mereka..ceritakan berapa ramai pemandu kenderaan mewah yang melanggar haiwan seperti anjing dan kucing ditengah jalan?dan berapa ramaikah antara mereka yang memberhentikan kenderaan mereka untuk melihat?bahkan berapa ramaikah pemilik kenderaan sanggup turun dari kenderaan mereka untuk menyelamatkan kucing atau anjing yang telah dilanggar?mungkin ada yang sinis saat ini..dan aku,aku tahu nikmat si pejalan kaki yang menikmati setiap langkah mereka dengan bersahaja..hanya mereka yang benar-benar faham kenapa.kerana setiap langkah yang diatur aku dapat lihat sebuah dunia yang mereka-mereka berkenderaan ini tidak berpeluang untuk menikmati dan melihatnya..bukan bukan niat entri ini ditulis untuk mengajak anda tidak memiliki kenderaan.kenderaan itu penting dan aku sendiri akan memilikinya Cuma alangkah baiknya kalau ada hari yang kalian mampu untuk melangkah dan menikmati peluang untuk kalian hidup sebagai seorang khalifah yang sebenarnya..dan aku..aku sangat gembira apabila aku antara manusia yang dapat memberhentikan langkah untuk membelai si comel yang kerdil dan memberikan serta berkongsi secebis rezeki yang aku ada pada saat itu bersama mereka..aku bersyukur apabila ada tangan yang mengamit aku dan menghulur cawan atau tangan mereka untuk memberi peluang aku mendapat pahala lantaran kehidupan yang semankin menghimpit.aku terharu kerana aku antara mereka yang dapat membuka mata dan hati dan membenteng diri dari menjadi manusia yang bongkak dengan apa yang mereka ada..dan aku aku gembira menjadi aku..aku yang tak mungkin keluar tanpa membawa si ayyad(sugarglider) di beg,tanpa membawa makanan kucing dan anjing untuk mereka yang ketemu aku ketika di dalam perjalanan tanpa ubat yang kuharap dapat meringankan sedikit kesakitan tak kira manusia atau haiwan dan tanpa si suami yang peka dengan keadaan sekeliling ketika aku leka atau tidak menjadi aku dan sentiasa menyokong aku tak kira apa.


Ya aku gembira menjadi aku.



Kemanusiaan yang hilang


Kemanusiaan bukan bererti kau harus berperikemanusiaan dan bertimbang rasa terhadap sesama manusia sahaja.kemanusiaan juga menuntut kau memberi sedikit perhatian(ya hanya sedikit bagi si kedekut) dan belas ehsan terhadap mahluk tuhan lainnya iaitu haiwan dan alam.dan aku lihat erti kemanusiaan kini semakin disalah ertikan dengan si penghasut,si bongkak dan si sinis yang bermaharajalela..si kaya sebenarnya telah bankrup nilai kemanusiaan dalam hatinya.dan si miskin menjadikan alasan tidak berharta sebagai tiket melepaskan diri..yang sedar dan benar-benar tahu mengimbangi kurniaan yang dilimpahkan dari pencipta hanya segelintir Cuma..



Lalu..aku yang bagaimana..??




Monday, September 9, 2013

welcome back

asal tajuk tu..
(senyum ala-ala kambing sambil menaip*blushing..)
yeahhh dah ada lap top means boleh aktif berblogger balik..
(hoh sat gi ada la bagi komen meroyan..)
hello kakak2 cantik..rezeki tak semestinya berbentuk duit..
dan tak semestinya lappy yang adie ada ni perlu atau wajib berduit faham..?
pada yg ta faham tak pe itu cuma kata-kata untuk mereka yang berfikiran senteng..
anda tentu sekali bukan dalam kategori mereka bukan??
see habis mood baik adie..
ok sambung balik
since dapat lappy balik so boleh aktif balik pada semua urusan bagai yang berkaitan internet ni ok..

laga pipi kana
laga pipi kiri
adios.
bye.

Friday, September 6, 2013

sepatutnya

haishhh
mengeluh lagi
sepatutnya sekarang atau semalam adie dah sampai guar perahu penang
sebab abg-abg sepupu yang hensem pakat kawen da ari ni
SEPATUTNYA ADIE TENGAH SIBUK TOLONG DIORANG
SEPATUTNYA ADIE TENGAH BEST MAKAN DAH NI
SEPATUTNYA DAH BANYAK BENDE BOLEH BORANG DENGAN MEREKA2
 tapi memandangkan adie ada kelas tuk hari ahad dan hari ni kene kerja adie memang tak leh gi sana..bukan tak boleh mintak cuti kerja boleh sangat tapi kelas tuk hari ahad memang tak leh nak kejar lah lagipun dengan masalah kewangannya lagi..
yelah masa 31 haribulan lepas mak pun dah datang sini(sangat happy ok) tu pun tak dapat bawak jalan puas puas..mak pun ada kerja hari ni so macam mana nak pergi..
dilemanya sekarang kompem la jadi bualan mulut diorang2 ni sat gi bila adie tak dapat hadirkan diri...aishhhh(mengeluh lagi )memang lah lain hari boleh datang,dah planning nak datang sana bulan 11 ni pun but yang menjadi masalahnya bila mestilah tak sama klau dapat datang hari ni kan...hmmm sabarlah duhai hati...ashik mengeluh macam nak menyesali takdir dah kenapa kan..pape pun SELAMAT PENGANTIN BARU ABG FAIZ N ABG FARID.


Monday, August 26, 2013

sendat

oh ini entri bukan kaitan sama lo punya baju yang sendat..
tapi cerita mulai esok jadual saya semakin sendat dan padat..
selamat ada maybellin stick see betapa anda memudahkan kehidupan gadis seperti saya huhu..
semoga hari hari dalam perancangan adie berjalan dengan lancar..insyaallah.

Saturday, August 24, 2013

Pengapit

hoho isu pengapit ta yah jelaskan pun rasanya kompem korang dah tawu kan..
so isu kali ni memang adie tak silap or salah taip...
kenapa dengan pengapit??sebab adie jadi pengapit lah but belumlah lagi cuma tarikhnya dah ada.
sapa kahwin?kawan kat kolej adie. kat bawah ni si bakal pengantin,
awang?of kos lah husband adie pun jadi pengapit sekali baru lah meriah uolls....




Friday, August 23, 2013

Memang.Cuma.Tapi dan keluarga yang kau lupakan

memang semua yang kita inginkan tak semestinya akan tertunai
memang semua yang kita rancang tak selalunya berjalan lancar.

cuma..
apa salahnya kalau acap kali yang kau pandang aku sebelah mata kau itu
hari ini kau buka kedua-duanya semasa kau merenung atau mencuri intai aku.

memang kata orang manusia suka menghukum orang dan lebih mementingkan apa yang dah dia rasa
bercerita atau berfikir hanya berdasarkan pengalaman yang mereka punya

tapi..
apa salah kau beri peluang atau ruang untuk aku bercerita keadaan aku sebenarnya
tanpa kau perlu memberi pandangan berdasarkan pengalaman kau semata mata
kerana
kita tak pernah dan tak kan pernah melalui jalan yang sama laluannya

memang semua manusia ada ego atau tembok diri yang berdiri tinggi

cuma kali ini aku fikir kau perlu memberi dan menerima
bukan runtuhkan tembok kau
cuma sekadar intai aku dengan kedua belah mata tanpa curiga.

dan dalam setiap salah aku yang kau nampak
carikan juga salah kau

aku tak pernah berlari tanpa menoleh kebelakangan
kerana dengan setiap tolehan aku selalu berharap kau ada untuk mengejar dan menjelaskan

tapi bukan di depan untuk memusnahkan.
 kerana kau,aku,dia,kita KELUARGA yang kau lupakan

Wednesday, August 21, 2013

stalker

oh rupanya saya ada stalker...
oh tak tawu apa yg patut saya rasa..
tak perlu kot nak stalker berbagai...
awak dah besarkan..

Tuesday, August 20, 2013

bebal

kata orang
orang bebal jangan dilayan
jangan jadi bebal atau sama bebal dgn mereka yang bebal
aku kena  cukup kuat untuk berdepan dengan si bebal..
sebab diorang BEBAL.

Tuesday, July 2, 2013

Hanya mahu kau dengar rasa aku.

Adakala..
Aku mahu kau ada di depan ku untuk merenung dalam dalam mata hitamku..
Adakah masih bersinar atau telah pudar ditelan angin semilar
Adakala..
Aku hanya mahu kau ada di sisi
Duduk rapat bersentuh bahu denganku
Tak perlukan kau merenung
Ku takut titis jernih yg tumpah ini akan meraih simpatimu..
Bukan itu niatku
Bukan
Bukan itu..
Aku hanya mahu rasa ada kau di sisi..
Adakala..
Aku mahu kau diam dan dengar luah demi luah yg acap benar terpaksa aku peramkan di lubuk hati.
Aku mahu kau dengar..
Diam dan dengar.
Diam dan dengar
Adakalaku bukan libatkan jerih perih yg perlu kau salurkan
Adakalaku bukan tagih simpati hingga perlu kau hulur baki baki duit mcd mu
Adakalaku bukan datang ketika kau sedang berperang dengan adrenalin yg tiba tiba meningkat laju
Adakalaku bukan mohon kau berhutang untukku
Adakalaku bukan pinta kau datang dengan meninggalkan semua cintamu
Adakalaku yang hanya adakala datang tanpa kau pedulikan kerana kau bukan hanya adakala tapi sentiasa lupa bahawa dunia ini ada karma.
Hidup ini ibarat roda kawan..
Ibarat roda.

Thursday, June 27, 2013

Kelabu

Terasa bersyukur bila permintaan kita sentiasa tertunai.terasa gembira dan bahagia bila org org yg kita syg juga menyayangi kita.terima kasih Ya Allah kerana kerana kurniakan aku ibu yg tggi cintanya dan seorang suami yg terbaik seperti dea.

Cerita ttg husband sebenarnya..
Bila dihimpit kebosanan di tahap ketumpatan yg tinggi kita perempuan of kos akan melahirkan idea idea yg acao kali bernas kononya di akal kita yg bernafsu ni kan..hehe so mggu lps adie lepak dgn husband sambil online.n tgk laman web petster..then tba tba cakap ..b...nak kucing kaler kelabu syg ta penah ada kucing kaler kelabu kuat tu..ye tiba tiba idea itu muncul sila percaya..

Husband cakap.
Boleh simpan dlu no tel tu nanti kita kol..
Yeyy..tgk dgn husband adie ta yah main hentak hentak kaki or drama sebabak pun.hehe

Tp last last ta kol jgk sbb mlm tu husband da bg adie kucing kaler kelabu kuat.dia bg nama bobok.
Ye dia yg bg nama tu.

Sebagai balasan semalam wife dia yg comel ni g belikan dia baju kelabu jugak.see..
Pastu husband ckp haishh duit dah cukup sgt ke..ta pe duit boleh cari kan b..

Wednesday, May 29, 2013

fear factor...

sepatutnya entri ni dah lama kne post tapi baru sekarang ada masa..hehe
tak tawu macam mana dan siapa yang start usulkan cadangan nak buat fear factor ni..
and alhamdulillah planning berjalan dengan lancar...
hewhew..alhamdulillah jugakkitorang means kumpulan adie dapat no 1 yehhh
so bawah ni adie letakgambar gambar yang berjaya adie ambik dari miss bell hehe
oh ya nak tawu pe diorang buat jap adie senaraikan...

kump 1kumpulan adie n de geng
-barang kene sentuh kami buat ulat yang bagi sugar glider makan tu
then makanan yang perlu kne makan roti begedil ala iban..haha














happy kan beliau-

rupa sebenar...qiutkan kan kan..

 bawah ni semua keletah mereka2







Tuesday, May 28, 2013

its galaxy NOTE 2..!!

hewhewhew muka dah penuh dengan excited yang melampau-lampau
diselang-selikan dengan gelak ketawa gaya malu malu kucing..
sambil jeling-jeling suami yg kusyuk menaip assgmt miss azie yang comel (opps lupa dah PUAN..hehe)
dengan kuatnya hati saya jerit yeahhh dah dapat hp baru..!!

selepas hasutan demi hasutan dan sogokan demi sogokan di salur pada si suami akhirnya saya berjaya mendapatkan galaxy note 2 hokehh dari si suami tercinta..hehehe gelak tamak..

mula-mula tu husband adie just bagi dua pilihan sama ada nak hp IPRO or just hp yang rebet 200 tu..
tapi masa jalan jalan kat tempat hpadie jumpa kawan@guest kat hotel dulu and he said boleh bagi adie half price tuk note 2 since adie belek-belek hp tu..(kos dlu adie belanja dia n now kira nak balas balik la..)

soooo....selepas habis aksi-aksi manja dengan husband,dia pun setuju dengan syarat adie jaga leklok..(no more careless katanya..)

and now tengah happy with my hp...yeahhhh...

Wednesday, May 22, 2013

ini kalilahhh

ini bukan cerita politik tapi cerita tentang tanggungjawab.cerita tentang manusia yang sepatutnya bersikap seperti manusia.ni kisah tentang sebuah syarikat penerbangan yang terkenal dengan trademark tambang murah beliau.haha rasanya klau sebut tredemark tambang murah semua dah kuat kuat sebut air asia dalam hati kan..

serius cerita ni pun adie baru tahu tu pun selepas baca blog En Duke slh satu dari senarai blogger yang adie akan baca bila ada waktu terluang.cerita dia macam ni...

Memang kecoh diperkatakan tentang seorang ibu, Izan Suhaila Mohd Ali, 36, dan bayinya yang berusia 14 bulan, Mariam Sofea Mohd Reza, yang mendapat layanan buruk dari syarikat penerbangan tambang murah Air Asia baru-baru ini.

Mariam demam campak ketika bercuti bersama keluarga di Vietnam. Bayi itu diberikan ubat dan demamnya sudah reda. Namun “campak” cacarnya masih ada. Dan Air Asia memberikan alasan itu dan standard antarabangsa untuk menyekat dua beranak itu pulang ke tanahair baru-baru ini.

Air Asia yang berpengkalan di Malaysia sepatutnya memberikan keutamaan kepada rakyat negara sendiri, tempat syarikat itu “cari makan”. Bukanlah saya mendesak Air Asia untuk melanggar standard penumpang kapal terbang, tapi sekurang-kurangnya tepatilah “standard kemanusiaan”!



Malangnya dalam hal ini, meskipun Air Asia berjaya mempertahankan tindakannya dengan alasan standard antarabangsa penerbangan, syarikat itu gagal sama sekali melaksanakan standard kemanusiaan yang pada saya lebih penting.

Air Asia sepatutnya bersimpati dengan keadaan ibu dan bayi tersebut. Namun menurut fakta insiden memalukan itu, kakitangan Air Asia hanya menghantar ibu dan bayi tersebut ke luar lapangan terbang di Vietnam dan membantu memanggil sebuah teksi untuk kedua beranak itu ke hotel.

Saya amat kesal dengan apa yang Air Asia lakukan. Mungkin saya tidak punya sebarang pertalian darah yang rapat dengan ibu dan bayi tersebut, namun sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia, tindakan itu boleh dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Ibu dan bayi itu pertama kali ke Vietnam. Mereka dibiarkan terkontang-kanting begitu?

Akhirnya, siapa yang bantu ibu dan bayi tersebut? Siapa lagi kalau bukan MAS!
 
Sebelum ini kita tahu betapa peritnya MAS perlu bersaing dengan Air Asia yang menawarkan tambang murah. Meskipun begitu, sebagai menjaga nama baik negara dan kreadibiliti syarikat rasmi penerbangan Malaysia, MAS tetap bertahan dalam goyahnya.

Perniagaan MAS sudah tentu memerlukan syarikat itu untung bagi menampung kos operasinya setiap tahun. Namun kadangkala, dek kerana terlalu memberi muka dan beralah memberi laluan strategik kepada Air Asia, MAS selalu “makan hati berulam jantung”!

Walau bagaimanapun, MAS tampil dalam kes ini dengan membawa ibu dan bayi untuk berjumpa dengan doktor di sana bagi mendapatkan pemeriksaan yang sepatutnya serta mendapatkan sijil layak bagi bayi itu menaiki kapal terbang mengikut prosedur yang ditetapkan.

Malah doktor yang memeriksa Mariam mendapati bahawa tanda-tanda bintik hitam pada tubuh bayi itu sebenarnya hanyalah keruping dan mereka sebenarnya layak untuk menaiki kapal terbang sekaligus tidak membahayakan penumpang lain.

Kakitangan MAS yang dihantar khas untuk membantu ibu dan bayi itu kemudiannya menguruskan segala dokumen yang diperlukan bagi melancarkan perjalanan pulang mereka ke tanahair. Menakjubkan, MAS memberikan keistimewaan di laluan “pantas” untuk ibu dan bayi itu.

Begitulah perkhidmatan terbaik yang perlu Air Asia belajar dari MAS. Bukan sekadar mengejar keuntungan dari pelanggan, tapi nilai kemanusiaan khususnya kepada warganegara Malaysia sangat penting untuk dimasukkan di dalam perkhidmatan syarikat itu!

Tidak hairanlah ramai di kalangan rakyat di negara ini sering merungut terhadap khidmat Air Asia. Namun tidak ada pilihan lain untuk menaiki pesawat syarikat itu ke beberapa laluan destinasi yang tidak diberi kepada MAS. Jangan ingat mereka naik Air Asia kerana suka, tapi terpaksa…

Saya menyarankan agar Air Asia belajar jati diri memberikan perkhidmatan dari MAS. Hormatilah “standard kemanusiaan” dan budaya prihatin yang sangat tinggi nilainya di mata rakyat Malaysia. Tapi kalau Air Asia nak lingkup, tak payahlah pedulikan saranan itu. Pergilah belajar dari MAS!

Saturday, May 11, 2013

aku seakan

aku seakan kehilangan mood untuk berada di sini
walaupun setelah berada dalam tempoh rehat yang lama
aku seakan kosong
walaupun yang ada warna warna dan canda ria

itu terjadi pabila ku rasa aku COMOT DAN HUDUH.arghhhh

Friday, May 3, 2013

selamat mengundi

alhamdulillah dapat pun tiket bas balik kampung..! yayy...!
even muka dah muncung kalahkan muncung hero sebab dapat tiket kul 5 petang so sampai dalam kul 7 or 8
dan harap la tak jem...kira bagus lah dapat tiket kannn...

so adie ucapkan selamat mengundi dan selamat balik kampung or tempat mengundi masing-masing..

hehe happy nya ta leh kelas ta de keje dan jumpa nn berkepit dengan makk yeepiiiii..~~~

Friday, April 12, 2013

arghhh

menulis yup adie perlu menulis setelah seminggu tak gi kerja.bukan berhenti tapi hilang diri.huh macam mana tu.entah nak jelas pun susah  cuma rasa diri ni useless.tak berguna entah kecelaruan apakah ini.

esok

ya esk pun tak cukup yakin nak datang kolej

Monday, March 25, 2013






jangan tanya kenapa ianya terbalik sila cari sendiri kenapa
apa yang sangat penting di sini aku telah jatuh cinta..!
oh thanks for nadia khan.sys u are superb owesome.!


"Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci, lelaki-perempuan.

Apa jadi pada yang ditengah-tengah?
Apa jadi pada orang-orang macam aku?

Bila Jun datang pada aku,menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak', aku tak tolak. Salah aku ke kalau aku kata "ya" pada awek cun? Salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri?

Salah aku ke kalau aku jatuh cinta padanya?

Aku Amir. Jemputlah masuk ke dunia aku, dimana hitam dan putihnya tak berapa jelas. Mungkin hanya selepas itu, korang akan faham macamana rasanya berada didunia aku. Dunia KELABU."

handphone,telefon bimbit,cell phone??arghh apa-apa je la..

yah i talking about hp now.?
why shud i?
huh actually if diberi pilihan i tak nak ungkit ceritera malang tak berbau ni
but if like that rasanya tak payah hidup lah klau nak bende best jur kan..

hari sabtu lepas
adie hilang my third hp
hari isnin yg sebelum sabtu  tu hilang hanset kedua
sebelum final lps pun begitu juga..
so balik je dari kelas terus songet myhubby beli hp.

arghhh
malang mmg tak berbau right.

Wednesday, March 13, 2013

batu 3

tajuk macam tu jur kan.tapi cukup buat adie tersenyum
hmm tadi jumpa my adik ipar tersayang
happy tengok dia happy
alhamdulillah my hubby n my sista tu dah boleh ngam nampaknya.
tak sabar nak gi shopping lepas dapat gaji nanti(gila kerja pon tak lagi haha)
then lepas jumpa my adik tu adie gi kolej
yes gi kolej
buat assigment
pastu telefon bunyi
angkat.mak yang kol
lepas tu senyum jur lah..
yeayyyy BR1M dah dapat
memang tepat pada masanyalah kan..
tapi tapi date nak kena ambil tu
clash dengan date kelas..hmm...
sedih lah macam ni...
kena skip kelas lah nampaknya
haishhh

tiba-tiba

tiba-tiba
seakan seluruh dunia memandang serong kepada aku
memaksa aku melakukan hal yang sama
yang pada mereka wajib
tiba-tiba
aku menjadi begitu perasa
seakan mahu saja menunaikan perintah mereka
tiba-tiba
ada suara seakan memahami keadaan ku
memberi nasihat yang pada aku perlu
lantas aku dapat menenangkan segenap hati yang rungsing.

_______________________________________________________________________________

tiba tiba
aku mampu tersenyum melihat kau dan dia
bila dia dengan kelatahnya
yang manja dan bersahaja
yang semakin biasa
yang tak lagi kelihatan cangkung
dan engkau yang semakin pandai menjaga bahasa
dan semakin pandai mengambil hatinya
lantas tiba tiba
aku mampu tersenyum
dan lagi dan lagi

_______________________________________________________________________________

tiba tiba
sedang fikiran aku ligat mencerna
bunyi bingit mengejutkan aku
lantas terus berhenti dan mengalih pandang
tiba-tiba berita yang baru aku terima dari mama
juga membuatkan aku
tiba tiba
tersenyum
sekali lagi dengan pasti
ALHAMDULILLAH
Allah maha besar.

Monday, March 11, 2013

budak kecik bercakap

tak payah nak citer pong pang sana pong pang sini jangan dok ungkit citer politik sana sini..negara tengah macam ni sepatutnya kita bersatu padu pertahankan tak kira lah awak bangsa apa jangan kurang bijak.hal dalam biar jadi hal dalam dah bosan sangat hidup aman ke pun masing masing..haishh bukan nak tuju pada sapa2 lebih pada diri yang rasanya tak cukup ilmu lagi
 
tu apa yang adie post kat fb adie baru sebentar tadi..
sekadar meluahkan apa yang terbuku dalam dada..tapi rasanya mesti ada ramai pulak yang tak berpuas hati dengan post macam tu.entahlah tak tahu nak komen apa sekadar meluahkan apa yang dirasa bukan nak bangkitkan siapa betul siapa salah atau nak bukak cerita politik yang masih belum di khadam dalam kepala otak.maksudnya adie masih tak arif dengan apa yang sebenar2nya dimaksudkan dan apa yang terjadi di dalam politik.senang cakap lebih rela mengaku tak cukup umur dari pandai2 bercakap sebab bukan semua orang bijak pandai di luar sana dapat terima apa yang budak kecik cakap walaupun ada betulnya apa yang dia cakap
 
ada org yang benar2 bijak pernah bagi tawu adie 'jangan tengok siapa yang bercakap tapi lihatlah apa yang di percakapkan olehnya' so easy klau semua orang boleh berfikiran terbuka seperti tu rasanya masalah yang jadi ni tak kan pernah berlaku.apa-apa pun adie rasa nak belajar dan tak nak berhenti belajar selagi masih berkesempatan.semoga malaysia kita masih aman selagi nafas dapat di hembus.

Wednesday, March 6, 2013

msu dan final exam..

kisahnya berlaku pada 2 dan 3 mac 2013 sepuluh tahun lalu hahaha
tu tipu tapi tarikh tu betul la haha minggu lepas jur pon bende ni
masa dapat tahu yang kitorang dak2 FTW ni kena ambil final exam kat msu shah alam setiap kali final
masinmg-masing buat muka,bukan setakat muka la mulut pon naik pot pet pot pet sama..
tangan pon tak ketinggalan berbicara melepaskan ketidak puashatian masing-masing juga..haha
sungguh tertekan la konon-konon waktu tu
termasuk lah kami suami isteri ni sekali sampaikan topik yang sepatutnya habis kat situ jur habis kitorang panjang-panjangkan sampai bawak ke masa makan(tak kira la makan pagi petang malam hatta tengah malam sekalipon.)pastu bersambung sambung cerita tersebut sampai ke waktu tido kira macam 'bed time story' la lebih kurang.

tu cerita sebelum tarikh exam berlangsung
tapi masa exam tu alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..
tanpa drama sebabak untuk tatapan masing-masing..
so kakak-kakak..
rasanya nanti tak de masalah lah kan kita exam kat sana lg final depan..






Wednesday, February 27, 2013

my hero

sejak kecil tajuk hero ni rasanya tak terasa pelik jika meniti di tiap baris bibir kita yang comel ketika itu.
rasanya dari kecil sehingga besar masing-masing punya hero tersendiri yang amat bermakna dalam diri masing-masing.rasanya tak pelik mana jika ada yang bertanya pada kita siapakah hero kita di saat diri kita menjangkau umur 21.25.atau 30 sekalipun bukan?kerana hero adalah hero kita atau idola kita dalam masa yang sama sampai bila-bila.tapi bukan superhero cam batman atau superman yang rasanya dah berkali kali tukar pelakon tu ye.hero yang kita pilih adalah lebih hebat dari mereka yang sekadar lakonan semata-mata.

siapakah hero kita?

ini hero adie..


HAHA 
tipu sangat haha (gelak siap kuwa air mata)
hero adie lagi best dari beliau
hero adie adalah bapa adie sendiri
mak yang tak putus-putus menjaga,mendoa dan membesarkan adie sehingga sekarang
dan juga ...


apa-apa pun 
ibu bapa dan sekiranya anda telah berkahwin suami anda semestinya menjadi hero dalam hidup anda
hargai ketiga-tiga hero kita 
sayangi mereka walaupun jasa dan pengorbanan mereka terlalu banyak hingga tak mampu kita balas
kita sayangi mereka dengan sekuat-kuat hati kita
alhamdulillah adie antara yang bertuah seperti kalian.


aku benci,pembenci,membenci,dibenci

aku benci aku aku benci
aku benci aku aku benci
aku benci bangun lambat,masuk lewat muka ketat
benci masuk tren padat,semerbak bau keti
benci sakit gigi lagi benci sakit hati
benci orang complain salah parti tapi tak mengundi
benci org sellfish mengalahkan nelayan.
benci org cakap kuat nak tarik perhatian
benci perempuan gedik gedik depan jantan
aku benci,dibenci,pembenci,membenci
aku benci org org yg benci diri sendiri
benci org parsi fussy dan org arab tak beradab
benci makanan mahal tapi langsung tak sedap
dia benci aku pon benci jugak
benci surat khabar benci org kuat borak
aku benci org tak pakai otak
aku benci aku aku benci
benci meluat sangat dengan org bermuka muka mcm banyk sgt pahala

haha motif entah aku benci haha
lagu asal ssk-benci.(atas ni banyak yg ta ikut lirik asal sbb aku tengah benci hahatp bkn sbb lagu ni lagu ni best)
sila dengar terbaik...


annjer rindu abah.


agak-agak abah rindu annjer tak..?

speak out loud

sometimes no matter how much you try
to speak your heart loud,
words aren't just enough to describe how you truly feel.

yup...susah betul untuk menjadi seorang yang bebas berbicara apa saja.adie bebas untuk bercakap apa saja tapi bila perlu ada hati yang akan terasa dan terluka,mulut cepat cepat membataskan setiap butir yang mahu lepas darinya.itulah adie,lebih memikirkan orang lain dari diri sendiri..akhirnya memakan diri.

ye ker..??

yup even sometimes adie ni nampak macam ganas,rock n mampu berdiri atas kaki sendiri but adakalanya adie tak mampu nak berdepan dan bercakap dengan somebody yang dah mengusik hati.(bukan mengusik secara mengharukan atau menghappykan tapi lebih kepada menyakitkan).lantas jalan kedua di ambil.membawa diri,senyap dan berlainan tingkah.maknanya klau ada yang buat adie terasa sangat bukan atas dasar gurau ke apa,adie akan lebih mendiamkan diri dan menjauhkan diri klau sebelum tu adie dengan orang tu baik so lepas tu adie mesti macam menjauhkan diri n klau sebelum tu adie gelak huha huha dengan beliau mungkin selepas adegan 'aku tersakiti' berlaku adie just senyum jur dengan beliau..see nampak tak permainannya di situ..haha tapi klau bende tu tak terlalu besar atau bende tu memang besar tapi bukan menyentuh my mum and my husband,adie masih boleh lagi di pujuk tu..so pandai2 la pujuk ye,,gantikan blackberry adie yang dah tak de tu ke mesti semuanya kembali seperti sedia kala hahahaha


niat hati..

urghh..
sabar jur la,niat hati nak suruh hubby settlekan blog yg dia nak sgt uruskan tu pastu tup tup ada kerja lain lak aishh seb baik kerja berpaedah jugak dia buat...
hmm..
sedang sedaya upaya menenangkan hati dan akal yg tgah meronta ronta mcm budak 3 taon yg mak dia tak kasi beli mainan ..haishh sebab apa?biarlah dulu nanti baru cerita.
oh ye ada lagi satu kecemasan..cemas memikirkan nak final nanti.

Tuesday, February 26, 2013

entah sampai bila

ntah sampai bila
aku sendiri adakalanya rimas
adakalanya terluka
adakalanya sakit
adakalanya benci
adakalanya muak
ntah sampai bila ia harus berada di situ
berada di sudut dalam hati aku
kadang dia menjengah keluar
buat aku sakit menahan bisa
terus menikam
terus menekan
adakalanya kira diri kurang kuat menahan
titis-titis itu turun lagi..
cuba menyapunya tanpa menoleh
aku cuba selagi aku terdaya
tapi tak pernah rasa mahu mengalah
kerana itu bukan aku..
entah sampai bila dia mahu terus menghuni hati aku.
aku rasa dialah punca kau dan aku seperti ada ruang di tengah-tengah kita
tapi jangan izinkan sapa sapa ada di tengah tengah ruang itu
biarkan dia ada di situ selama mana dia mampu..
entah sampai bila..




Sunday, February 24, 2013

untuk kau yang terasa.

terasa panas setiap sudut yang aku pandang
antara mau menangis atau menjerit mengeluarkan amarah yang aku rasa sia sia
marah pada manusia yag ku kira hanya berlandaskan akal yang tidak selogik mana
menangis kerana hati terlalu rapuh dan cepat percaya.
ya
yang bodoh itu aku
yang cerdik itu kau..
tanpa sedar ku kira telah banyak cakap cakap belakang berkisar aku yang kau jaja ke sana ke mari
terima kasih kerana kau aku belajar

Friday, February 8, 2013

sugar glider,

thanks a lot to my husband yg melayan segala kerenah wife dia yang gedik ni haha..so my hubby da belikan sugar glider yg diodam idamkan dua purnama yg lalu means adie dah jaga sugar glider adie nak masuk 3 bulan n berumur 4 bulan.dan dia jantan..yes more easy kita ambil yang bertentangan jantina dgn kita untuk permulaan katanya..sapa kata..??org yg jual tu kata.haha..adie beli kat mines yup kat downtown tu yang nama dia klau kat fb tu nananine.atau lebih tepat lagi en.zulkarnain..tapi adie berurusan dgn anak lelaki beliau en rezza.first2 dapat eksited dia jgn ckp la..klau blh ta nak tdo taw tgk dia..haha tipu jur pon..eksited mmg la eksited tapi tak de ah sampai tak tid tak buat keja lain..buruk lak rupanya klau status dah jadi wife org buat perangai cam tu kan..haha..so now boleh di katakan adie dah ok n sugar glider adie sgt rapat dgn adie..but dgn husband still ade gigit2 manja gitu haha..but adie rasa mmg betul pon if kita decide nak bela sugar glider kita kena fikir panjang dulu kita tak boleh just setakat nak merasa jur macam tu..sbb sugar glider ni life span dia dalam 10 tahun mcm tu mungkin pandai jaga dan ada rezeki lebih dari kiraan 10 tahun tu.so kena tanya diri sendiri dulu betul ke na bela..jgn bila satu hari tak nak dah nak main let go macam tu je..sugar glider ni rapat ngn kita n so please fikirkan perasaan dia jugak bila tiba tiba ikut sesuka hati jur kita nak kasi kat orang lain..so tak mau mcm tu ok.macam adie..adie kelas ke kerja ke adie bawak jur hero(nama untuk suggies adie) gi mana-mana..tak caya ce tanya kakak-kakak yg belajar sama ngn adie haha..klau kak linda bawa anak dia(anak dia kos dia dah kawen n name irfan yg comel tu)lagilah irfan akan jadi baby sitter kejap jaga hero haha bukan paksaan atau ambil kesempatan tapi irfan sendiri yg suker sgt melayan hero..hehe ramai yg penah jaga suggies bagi komen yg adie punya suggies ni manja sgt..hehe adie rasa sbb adie sllu knlkan dgn org n bawak dia dgn adie setiap masa..so buat masa ni ni  jur dlu adie citer pasal sugar glider adie..insyaallah next time i'll story about mknn dia pe sumer ok..

Monday, February 4, 2013

listen listen listen

pada siapa yang duk malaysia ni n mengambil tahu hal yang berlaku seiring dan sekeliling kita mesti tahu pasal fenomena listen listen listen yang melanda...perdebatan antara bawani dengan seorang yang ego...hmm apa pendapat korang..?semua ada pendapat masing masing tapi apa yang adie tahu kat sendiri ramai dan majoriti daripada kita rakyat malaysia dan lua negara memihak kepada bawani.so do i..memang jelas kat situ bagi yang dapat melihat dan berfikiran waras sapa betul sape salah even for me bawani pon ada beberapa point yang rasanya adie kurang setuju tapi ms sharifah tu terlalu angkuh dan tak masuk akal..bersikap kurang bijak..adie yang baru setahun jagung dalam semua ni tak kan komen panjang panjang cuma pada yang kat luar sana yang bijak pandai rasanya tahu menilai siapa yang betul siapa yang salah kat sini..jangan terlalu anguh dengan apa yang kita ada sehingga kata kata yang keluar dari mulut orang bawahan kita betul tapi kita tak mahu terima semata mata kerana perbezaan dan jurang yang nipis dan kita reka kan sendiri...

komen untuk listen listen ni...

u not respect her, u not give her chance to talk, u grabe the m i c infront of siswa @ siswi, shows ur POWER !

i'm sorry but i still can't accept when ms Sharifah said "the difference between u and me is degree and o level". and i can;t accept that she doesn't give bawani chance to finish her speech.

tengok kat atas what the hell ms sharifah nak cakap diffrent tu rasanya klau dah nama pun  suara siswa dan kau tak bagi dia bercakap n potong cakap dia malukan dia dan says diffrent just bcause degree n o level please go back n cermin diri u n sila tukar suara siswi tu kepada listen listen listen.

bawani tak malukan u,tapi u yang malukan dia dalam majlis tu.so u lah yang perlu minta maaf dari dia. soalan bawani tu memang berkaitan dengan tajuk forum tu apa! "FORUM SUARA MAHASISWA,SEIRINGKAH MAHASISWA DAN POLITIK" so soalan bawani memang bernas sebab berkaitan dengan tajuk forum berkenaan.

jumpa si dia..

jumpa si dia...hew hew hew siapakah si dia hehe...
matanya lirik lirik selalu
rupanya manis manis ayu
haha ingat lagu ni ingat epin..
ehhh adie bukan jumpa epin haha
but adie jumpa adik ipar adie
Dayang Siti Hajar binti Awang Salleh.
happy jumpa dia tapi still tgk my husbnd n her kekok n kaku

but kira ok lah tu ada perubahan rite..love it...!

KOLEJ MID SEM(SEM 2) n bowling time huhu

KOLEJ...
hmm kehidupan buat masa ni kat kolej berjalan dengan sempurna...masalah yang kadang- kadang datang menjenguk secara tiba-tiba macam masalah kewangan,masalah salah faham,salah anngap salah kira semua tu perkara biasa yang rasanya tak perlu di ambil secara mati matian..hahaha well walaupun hampir sahaja menitiskan airmata tuk masalah yang tiba tiba datang beberapa hari sebelum mid sem ni..tapi alhamdulillah Allah selesaikan masalah tu untuk saya..kembali senyum..seejangan pandang site negatif pada Allah bila turun kan ujian pada kita sebab dia akan tolong kita.remember?

haha now dengan kehidupan kolej yang adie dan husband lalui alhamdulillah sedikit demi sedikit kitorang dah boleh lalui semua.senyum.

thanks,terima ksih pada kakak-kakak yang banyak membantu dan bagi dorongan tanpa korang mungkin susah sikit nak lalui semua ni..adie n awang hargai sgt.thanks a lot kakak manis haha(since dalam kolej ta de lelaki ada pon ta knl haha sbb indian sorang jur kan ahaks.) credits to: kak su,kak linda,kak husna,kak rin,n semua lah hehe..

so far ni adie n awang ok dengan kolej.hmm mid sem yg lps ni nyaris ta ambik exam tapi alhamdulillah semuanya settle dgn sebaiknya..nyaris nages haha..

ok stop citer kolej adie nak citer pasal bowling...actually aktiviti kolej jugak hokehh..

ahad sehari lps mid sem ada aktiviti bowling..awal awal da cakap ngn husband: syg ta pandai main hokehhh..!!!n than he said samer lah cayang pon ta pandai main jugak..cehh sekali main tgk dia ok jur...wekkkkkhhh muntah hijau bengang tahap karma..but kumpulan merah kumpulan adie tetap no 1 la kan tapi mmg sah2 adie tak menyumbang apa apa di situ(tertunduk malu ala2 nyah tgah malu..)

pape pon semua mmg terbaik lah..!!


Friday, February 1, 2013

dah lama tak tulis pape kat sini tak jenguk even just bukak pun memang tak buat langsung..

im just doing nothing..haha

actually busy pun habiskan 3 minggu kat kampung but still rasa tak cukup kos for me ada dekat my mum n my husband barulah hidup terasa sangat sempuna bagi adie...

tapi dua minggu kat kampung pun sakit jur memanjang tapi tak pe lah sakit itu kan kifarah dosa...senyum dan ucap syukur.itu lebih baik..

semenjak ada blackberry ni masa yang selalunya diluangkan ke cc sebab still ta de lap top di skip menjadi lebih melayan fb,wassap,bbm kat bb sampai myhusband pon jeles haha see betapa bb ini melekakan manusia seperti adie..wallah....hmm sok ada mid sem..cukup bersediakah?tidak sebenarnya dah la tak bersedia tambah muncul lak masalah2 lain..haishh maaaf bukan komplain hanya melepaskan apa yang tertera di minda...hmm tadi ada tgk video beberapa yg berkenaan masa diorang kawen terlintas rasa cemburu tanpa di undang..sedang cuba memujuk hati untuk bersabar..tak pa ada jugak harinya nanti..

Tuesday, January 1, 2013

tunggu mama

online sambil tunggu ketibaan mama..dari mana..??dari rumah ustaz..dah jadi kebiasaan kalau nak shopping memang shopping kat teluk intan..so hari ni hari mama kerja setelah cuti panjang..
oh lupa nak ucap SELAMAT TAHUN BARU 2013..wahhh lagi 3 bulan lebih umur adie 21..hurm azam tahun ni..??(opsss ni tajuk kita kasi cerita nanti ok next post..) sekarang cerita bagaimana mahu menghabiskan duit tetapi mengembirakan mama n husband n of kos lah adie sendiri haha...(dalam hati dah jerit blackberry blackberry..!!)haha...saper suh my hubby yg boncett tu janji huhu..urm hope mama cepat skit kos memang dari pagi tadi tak sarapan pape lagi..

ps:semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya...insyallah